Taip untuk carian

Zuhdi : Solusi Islam Tawaran PAS Selesai Bebanan Rakyat

Dewan Ulama Uncategorized

Zuhdi : Solusi Islam Tawaran PAS Selesai Bebanan Rakyat

Wartawan Salam 13/03/2018
Share

ZUHDI : SOLUSI ISLAM TAWARAN PAS SELESAI BEBANAN RAKYAT

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2018: “Kita akan menampilkan Islam itu sebagai penyelesaian masalah negara yang kita hadapi” kata Dr. Mohd Zuhdi Marzuki, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) di dalam Sidang Media Sempena Pelancaran Manifiesto Gagasan Sejahtera di Pejabat Agung PAS harini ketika menjawab soalan media berkenaan apa yang menariknya dalam manifiesto Gagasan Sejahtera kali ini.

Tambah beliau lagi, “Sebelum ini, persepsi yang dimainkan oleh pihak media dan juga oleh lawan politik PAS dan Gagasan Sejahtera ialah Islam itu bersifat menghukum dan memberi punishment sahaja tetapi dalam manifiesto ini kita nak bagi penyelesaian dan Islam bukan menghukum tetapi Islam ini menyelesaikan isu ekonomi, hutang negara dan masalah sokongan sosial yang kita alami.”

“Jadi, Islam yang kita tampilkan dalam manifiesto ini akan mewujudkan keharmonian tidak seperti mana persepsi yang dibuat”.

Link: https://berita.pas.org.my/zuhdi-solusi-islam-tawaran-pas-selesai-bebanan-rakyat/

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: