Taip untuk carian

Warkah buat para amilin

Artikel Negeri

Warkah buat para amilin

Wartawan Salam 06/04/2018
Share

Di kala gendang telah dipalu:

Tajdidkan niat perjuangan kita hanya kerana Allah S.W.T kerana hanya dengan itu sahajalah penat lelah kita, peluh yang mengalir, sengkang mata kita, derma yang dihulurkan diberikan pahala oleh Allah S.W.T.

Tekadkan hati dengan penuh kesabaran untuk hadapi semua cabaran perjuangan dengan keyakinan bahawa tiada sesuatu mudarat akan berlaku kecuali dengan izin Allah S.W.T.

Matlamat utama perjuangan kita adalah kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T. Maka jangan kita kecewa jika manusia tidak meredhai kita, hanya kerana redha Allah S.W.T sahajalah kita akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.

Jangan berdukacita dengan segala fitnah dengan keyakinan bahawa kebenaran itu datangnya dari Allah S.W.T. Yang benar tetap benar walaupun manusia mendustainya dan yang salah tetap salah walaupun manusia membenarkannya.

Jangan bimbang dengan apa jua keputusan pilihan raya nanti, kerana semuanya telah pun berada di dalam ilmu Allah S.W.T yang mesti kita sesali ialah apabila kita tidak langsung membantu agama Allah S.W.T ini.

Jangan sedih dengan caci maki kerana mereka tidak akan dibiarkan oleh Allah S.W.T begitu sahaja. Semua perbuatan manusia sama ada baik atau buruk semuanya akan dibalasi oleh Allah S.W.T, tiada satu pun yang akan terlepas dari persaksian-Nya.

Mujahadah melawan nafsu yang cenderung untuk bermalas-malas dalam perjuangan kerana tidak pernah ada balasan baik bagi orang yang malas kecuali kedukaan dan kesedihan.

Jangan rasa lemah jika kita melihat musuh lebih kuat dan ramai kerana kita ada senjata hebat dan tajam iaitu doa. Jangan malas berdoa kerana orang yang malas berdoa ialah seumpama orang yang berperang tanpa senjata, mudah dikalahkan.

Istiqamahlah menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan kerana hanya Islam sahajalah agama yang yang diredhai Allah S.W.T dan juga yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T pada suatu masa nanti bahawa “Islam pasti menang”.

Selamat berjuang kepada semua para amilin.

ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Pahang – HARAKAHDAILY 6/4/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/6084-warkah-buat-para-amilin

Artikel Sebelumnya
Artikel Seterusnya

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: