Taip untuk carian

Undian Bukan Untuk Pencela Agenda Islam

Dewan Ulama

Undian Bukan Untuk Pencela Agenda Islam

Wartawan Salam 05/05/2018
Share

Bilangan: 14

UNDIAN BUKAN UNTUK PENCELA AGENDA ISLAM

Oleh:
USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

1. Amanah kepimpinan mestilah diberikan kepada mereka yang selayaknya. Ini kerana amanah adalah sesuatu yang wajib dilaksanakan bagi menjamin kesejahteraan manusia di dunia bahkan di akhirat.

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukuman di antara manusia, kamu hendaklah menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat.” [an-Nisaa’: 58]

2. Memberi amanah kepimpinan kepada mereka yang tidak layak apatah lagi yang menghina perjuangan Islam akan menyebabkan berlakunya kerosakan dan musibah yang besar. Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan hal ini menerusi sabdanya:

إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ  فَانْتَظِرِ  السَّاعَةَ ، قَالَ : كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : إِذَا أُسْنِدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ

“Apabila hilangnya amanah maka nantikan saat kehancuran. Sahabat bertanya: Bagaimana boleh hilangnya amanah ya Rasulullah? Baginda menjawab: Apabila diberikan sesuatu perkara kepada orang yang bukan ahlinya maka nantikan saat kehancuran.” [Riwayat Imam al-Bukhari]

3. Mereka yang sentiasa memusuhi dan menentang perjuangan Islam tidak layak diberi undi serta diangkat menjadi pemimpin. Malah hukumnya menjadi haram apabila menyebabkan pengabaian pelaksanaan syariat dan berleluasa kerosakan dalam kehidupan.

4. Pihak yang jelas menentang semasa bacaan RUU 355 menunjukkan sikap sebenar mereka terhadap Islam. Begitu juga ada pemimpin yang menghina para syuhadak dengan ‘mati katak’ merupakan suatu penghinaan terhadap ajaran agama Islam. Golongan sebegini tidak boleh diberi undi apatah lagi ingin menobatnya sebagai kepimpinan utama negara.

5. Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya غير المسلمين في مجتمع إسلامي menegaskan soal penghinaan dan ancaman kepada ajaran Islam adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan kecuali melalui taubat nasuha. Rakyat di negara ini sebenarnya lebih maklum siapakah golongan yang tidak mahu mengangkat tuntutan syariah untuk dilaksanakan. Jangan sia-siakan undi anda dan jaga masa hadapan agama dan negara.

Terbitan:
Jabatan Pilihan Raya Ulamak
Dewan Ulamak PAS Pusat

18 Syaaban 1439H / 4 Mei 2018 (Jumaat)

Undian Bukan Untuk Pencela Agenda Islam

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: