Taip untuk carian

Umno tumbang, kuasa Melayu Islam tidak hilang

Berita DHPP

Umno tumbang, kuasa Melayu Islam tidak hilang

Wartawan Salam 04/04/2018
Share

KUALA TERENGGANU: Pemikiran minda rakyat yang beranggapan jika parti Umno kalah pilihan raya, kuasa Melayu Islam akan hilang adalah tidak benar serta meleset.

Ini kerana kata Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Dr Bala Chandran Gopal Krishnan, jika Umno kalah, PAS yang akan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini.

Menurutnya, PAS yang memperjuangkan Islam itu dipimpin oleh orang Melayu Islam yang lebih baik dari Melayu Umno.

“Kita hari ini dibelenggu dengan budaya jika Umno jatuh orang Melayu akan hilang kuasa. Satu pemikiran yang tidak masuk akal. Jika Umno direhatkan pada PRU14 ini, yang hilang kuasa itu bukan Melayu tetapi Umno.

“Justeru, orang Melayu yang masih bersama Umno hari ini kena berubah kerana parti Umno sudah hilang hala tuju mereka.

“Sebab, kepimpinan Umno tidak ada perhitungan dosa pahala dan berbeza dengan PAS, yang perhitungan parti itu adalah dosa pahala.

“Kita percaya kepimpinan PAS akan mewujudkan perpaduan kaum yang betul-betul mengikut ajaran Islam,” jelasnya dalam program Bicara Perpaduan dan Pembangunan di hadapan Flat Awam Padang Hiliran, di sini kelmarin.

Beliau yang juga Pengerusi DHPP Terengganu yakin kekuatan Islam yang dibawa oleh PAS adalah “Rahmat Untuk Semua” kaum.

Justeru, katanya rakyat perlu menolak kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang bermasalah serta digantikan dengan PAS dan Gagasan Sejahtera.

“Umno hari ini banyak masalah dan kita (rakyat) mesti menolaknya. Namun, ahli-ahli Umno itu bukan musuh kita.

“Mereka itu kawan-kawan kita yang harus diberi kesedaran supaya dapat menerima Islam yang harus memimpin kita (rakyat) semua.

“Sebab itu, apabila kita bersama PAS, kita nampak satu harapan yang boleh membawa “Rahmat Untuk Semua”,” tegasnya.

Selain beliau, lima panelis lain iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut, Penyelaras Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, Speaker Kongres Rakyat Terengganu, Wan Zainuddin Wan Musa, Ketua DHPP Kuala Terengganu, Jefri Chua dan moderatornya Ustaz Ahmad Shah Mohamed. -HARAKAHDAILY 3/4/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6043-umno-tumbang-kuasa-melayu-islam-tidak-hilang

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: