Taip untuk carian

Tun M jangan anak tirikan Pantai Timur!

Artikel Berita Dewan Pemuda PAS

Tun M jangan anak tirikan Pantai Timur!

Wartawan Salam 07/04/2018
Share

DPPM menyelar pandangan Tun Mahathir yang menyatakan hasrat untuk membatalkan pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) jika Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU ke-14. Sikap Tun Mahathir seolah-olah menunjukkan beliau berdendam pada rakyat di negeri-negeri Pantai Timur yang ternyata telah berlaku sejak zaman beliau menjadi Perdana Menteri lagi.

PAS berpengalaman dicengkam ekonomi dan ditarik subsidi minyak Petronas di Kelantan dan Terengganu ketika zaman pemerintahan beliau. Rekod pengkhianatan kepada rakyat Pantai Timur tidak berakhir begitu sahaja, Tun Mahathir sekali lagi di waktu pemerintahan beliau, dengan sengaja menyekat pemberian ikut kepala (capitation grant) kepada kerajaan Negeri Kelantan. Pemberian capitation grant ini sepatutnya dibayar kembali kepada kerajaan negeri kerana ia merupakan hasil kutipan cukai dari rakyat negeri tersebut.

Namun, dendam kesumat Tun Mahathir mengatasi segalanya. Beliau lebih berselera menjadikan rakyat Pantai Timur sebagai mangsa nafsu peribadi akibat kegagalan agenda politik beliau dahulu.

Kali ini, Pengerusi PH itu meluahkan hasrat untuk membatalkan pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sedang giat dijalankan. Pembinaan yang bertujuan menghubungkan pelabuhan utama di Pantai Barat ke Pantai Timur Semenanjung ini sepatutnya dilihat dari aspek makro bukan semata atas sentimen politik.

Sememangnya projek infrastruktur berimpak tinggi ini akan merangsang pertumbuhan ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dari aspek kesalinghubungan antara kawasan-kawasan industri, peluang pekerjaan, pembangunan luar bandar, pendidikan, pengkomersialan barang dagangan, di samping menawarkan perjalanan alternatif kepada rakyat.

PAS kekal berpendirian untuk bersama membangun ekonomi rakyat khususnya di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang mewakili 51 peratus daripada Semenanjung Malaysia. Di samping itu, PAS juga melihat Foreign Direct Investment (FDI) baik untuk, bukan sahaja silang-ilmu dan kepakaran, tetapi juga memberi kebaikan untuk aliran ekonomi negara dan rakyat.

Walau bersetuju dengan pembangunan ECER, PAS menekankan perlunya berbelanja dengan berhemah, telus serta tiada ketirisan berlaku. Amalan rasuah perlu dibendung supaya kos tidak melambung tinggi kerana kelak akhirnya yang rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat sikap tidak bertanggungjawab tersebut.

Rakyat tempatan perlu diutamakan dalam sektor pekerjaan. Agak malang jika impak atau limpahan ekonomi daripada projek berskala besar sebegini tidak membawa manfaat kepada rakyat setempat. Satu sudut, Kerajaan perlu benar-benar memperhalusi konsesi dengan tujuan supaya tidak hanya sebelah pihak sahaja yang mendapat manfaat daripada projek atau limpahan ekonomi tersebut.

Akhir kata, DPPM ingin mengingatkan Tun Mahathir agar bersikap matang dalam berpolitik dan mengutamakan kepentingan rakyat khususnya di kawasan Pantai Timur. Jangan kerana kepentingan peribadi, keperluan rakyat di’bakulsampah’kan

“Mara Menuju Cita”
“Sejahtera Bersama Islam”

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 7/4/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/6098-tun-m-jangan-anak-tirikan-pantai-timur

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: