Taip untuk carian

Tolak politik fitnah

Artikel

Tolak politik fitnah

Wartawan Salam 08/04/2018
Share

SELURUH ahli PAS, penyokong dan semua pengundi digesa supaya jangan percaya kepada fitnah yang sedang galak dicetuskan oleh lawan politik PAS menjelang PRU ke-14 ini.

Kita telah jangkakan fitnah begini akan terus dicipta untuk mencetus persepsi buruk kepada PAS sehingga ke hari pembuangan undi.

Justeru itu, jangan sekali-kali terpedaya dengan taktik buruk dan jahat pihak lawan politik PAS yang melempar fitnah, persepsi dan prasangka tanpa asas serta bukti dalam usaha mereka menghakis kepercayaan ramai kepada PAS.

Kesungguhan mereka mencipta aneka fitnah ini kerana kebimbangan melampau terhadap pengaruh PAS yang semakin meningkat.

Terkini, PAS Pusat telah meluluskan permohonan ahli baru pada bulan ini sahaja adalah seramai 1,894 orang. Malah kita sangat yakin, sokongan terhadap perjuangan PAS akan terus meningkat setelah mereka muak dengan politik fitnah dan desprado pihak tertentu.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
22 Rajab 1439 / 08 April 2018 – HARAKAHDAILY 8/4/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/6105-tolak-politik-fitnah

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: