Taip untuk carian

TERUSKAN USAHA DAMAI

Artikel

TERUSKAN USAHA DAMAI

Wartawan Salam 21/06/2018
Share

Kenyataan Media Penerangan. 197/68
06 Syawal 1439 / 20 Jun 2018

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan

1. Malaysia harus meneruskan peranan penting sebagai fasilitator dalam rundingan damai di Wilayah Selatan Thai yang sedang berlangsung antara Kerajaan Thailand dan MARA Patani (Majlis Syura Patani).

2. Walaupun berlaku perubahan kepimpinan kerajaan selepas PRU Ke-14 yang lalu, Malaysia tidak wajar menghentikan peranan yang telah dijalankan sebaliknya mesti terus bersikap proaktif untuk mengembalikan keamanan serta kestabilan sosio-politik di wilayah bergolak berkenaan khususnya dan rantau ASEAN umumnya.

3. Jika disorot peranan yang telah dilakukan oleh Malaysia pada tahun 2006, YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah bertindak sebagai fasilitator dalam Rundingan Damai Langkawi antara Kerajaan Thailand dan koalisi BERSATU.

4. Satu pelan damai juga telah dirangka dan beberapa mesyuarat susulan telah dijalankan selepas itu. Usaha Malaysia sebagai fasilitator rundingan damai tetap diteruskan di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima dan keenam.

5. Komitmen ini juga merupakan satu simbolik pro keamanan dan kecaknaan negara terhadap nasib umat Islam sedunia.

6. PAS sentiasa konsisten menunjukkan sokongan terhadap usaha kerajaan sebagai fasilitator dalam mana-mana rundingan damai yang telah dan akan dijalankan di rantau ini.

7. Contohnya, PAS telah mengalu-alukan kejayaan Malaysia dalam membantu menyelesaikan konflik di Mindanao pada tahun 2012. Malah, PAS turut menggesa kerajaan agar berusaha merealisasikan pelan damai di Wilayah Selatan Thai dan mesti menjadikan urusan ini sebagai agenda penting nasional.

8. Hal ini termasuk juga merangka usaha-usaha pembelaan terhadap nasib umat Islam Rohingya, Myanmar.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

Teruskan Usaha Damai

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: