Taip untuk carian

STRATEGI EKONOMI PAS ATASI PENGANGGURAN

Artikel Berita Dewan Pemuda PAS

STRATEGI EKONOMI PAS ATASI PENGANGGURAN

Wartawan Salam 02/05/2018
Share

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Pemuda PAS Malaysia, Syahir Sulaiman berkata, PAS memiliki cara yang berbeza dengan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dalam menangani masalah pengangguran.

Katanya, Barisan Nasional masih bergantung kepada pelaburan luar manakala Pakatan Harapan pula melalui pelaburan luar yang berkualiti.

Tambahnya, strategi yang diambil oleh PAS adalah melalui pembangunan bakat tempatan, pembangunan sektor tempatan, pembangunan industri kecil dan sederhana dan pembangunan usahawan tani dan digital.

Terang beliau, kelebihan strategi PAS berbanding strategi Barisan Nasional dan Pakatan Harapan adalah ianya berdaya tahan terhadap krisis global.

Menurutnya lagi, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang lebih menyukai pendekatan pembangunan yang seimbang di antara kawasan bandar dan luar bandar dan ianya bertepatan dengan prinsip yang digagaskan oleh Ibnu Khaldun.

Beliau berkata, pendekatan PAS berbeza dengan Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri yang menekankan pembangunan bandar yang membuatkan ramai anak muda berhijrah daripada luar bandar ke bandar.

“Maka berlakulah penghijrahan anak-anak muda ke bandar dan sekarang ini bandar sangat pesat dan sangat padat.

“Walaupun banyak kebaikan dan limpahan tapi berlaku perkara-perkara yang negatif dan terbaru laporan oleh pihak Unicef tentang bagaimana situasi yang sangat menyedihkan kepada golongan kanak-kanak di bandar ini yang mana dalam ekonominya disebut sebagai kemiskinan bandar,” ujar beliau pada program e-Town Hall Soal Jawab bersama Pemuda yang bersiaran langsung dalam facebook Jabatan Profesional Muda (JPRO).

Pendekatan PAS dalam memajukan negara

Syahir menyebutkan bahawa antara pendekatan yang diambil PAS adalah dengan mewujudkan peluang pekerjaan melalui program hiliran.

“Kita bangunkan sektor hiliran di luar-luar bandar dalam sektor pertanian dan sebagainya dan menariknya fakta yang disebutkan oleh Presiden PAS, mana-mana negara maju semuanya bermula dengan sebuah negara pertanian.

“Tengok Jepun, tengoklah UK, tengoklah di Australia dan sebagainya, malah US dan Iran itu sendiri, mereka maju tetapi mereka tidak meninggalkan aspek pertanian,” terang beliau.

Beliau juga memberitahu sekiranya diberi pilihan sama ada tinggal di Kelantan dan Kuala Lumpur maka beliau akan kembali ke Kelantan kerana kos sara hidup yang rendah di Kelantan berbanding di Kuala Lumpur. – HARAKAHDAILY 2/5/2018

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: