Taip untuk carian

Program Edaran Risalah sampaikan tawaran Gagasan Sejahtera kepada masyarakat

Artikel Berita Negeri

Program Edaran Risalah sampaikan tawaran Gagasan Sejahtera kepada masyarakat

Wartawan Salam 10/04/2018
Share

PUTATAN : PAS Kawasan Putatan sekali lagi turun padang mengedar risalah dari rumah ke rumah kepada sebahagian penduduk kawasan Kampung Meruntum, kelmarin.

Edaran risalah kali ini dipimpin oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Putatan, Ustaz Yusrizal Anuar.

Objektif utamanya adalah memberikan penerangan kepada masyarakat Putatan dengan tawaran-tawaran yang mampu diberikan oleh PAS seandainya diberi mandat memerintah negeri Sabah bumi di bawah bayu ini.

PAS Putatan berusaha terus menerus meyakinkan rakyat Sabah supaya memberi peluang kepada PAS mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik menuju Wawasan Induk Negara Sejahtera yang ditawarkan oleh Gagasan Sejahtera.

Kebajikan penduduk Kampung Meruntum sentiasa menjadi keutamaan para petugas PAS Putatan.
Bantuan barangan asas hasil daripada sumbangan orang ramai diagihkan dari semasa ke semasa kepada golongan MOSWA (Miskin, Orang Kurang Upaya, Sakit, Ibu Tunggal dan Armalah).

Rata-rata masyarakat Putatan yang ditemui menyambut baik usaha PAS dan akan mempertimbangkan tawaran PAS.

PAS komited memperjuangkan taraf hidup rakyat Sabah agar dapat menikmati kemudahan dan kemajuan sebagaimana di Semenanjung Malaysia.

Program Edaran Risalah sampaikan tawaran Gagasan Sejahtera kepada masyarakat

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: