Taip untuk carian

Penjawat awam Kelantan dapat RM500

Berita Kawasan Negeri

Penjawat awam Kelantan dapat RM500

Wartawan Salam 31/05/2018
Share

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pembayaran bantuan khas kepada kira-kira 9,000 kakitangan dengan peruntukan lebih RM4 juta itu akan dibuat pada 1 Jun ini.

“Ia (bantuan khas) telah diluluskan dalam mesyuarat exco baru-baru ini. Walaupun nilainya tidak besar namun kita harap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.

“Ini (penjawat) termasuk bertaraf kontrak dan sambilan serta kakitangan YIK (Yayasan Islam Kelantan),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam peringkat negeri di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini. SINAR HARIAN 30/5/2018

https://berita.pas.org.my/penjawat-awam-kelantan-dapat-rm500/

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: