Taip untuk carian

PAS Pahang | YB ADUN Tg Lumpur Bantu Kaum India

Berita

PAS Pahang | YB ADUN Tg Lumpur Bantu Kaum India

Wartawan Salam 28/12/2017
Share

Kuantan – YB Ust. Rosli Abd Jabbar, Adun Tg. Lumpur menyerahkan baucar bantuan pakaian sekolah kepada kaum india yang kurang berkemampuan.

Aktiviti ziarah rakyat sambil menyerahkan baucar bantuan pagi tadi melibatkan lebih daripada 10 buah keluarga yang menerima baucar tersebut.

Bantuan Baucar Sumbangan Pakaian Sekolah yang diadakan setiap tahun ini tidak terkecuali kepada semua kaum yang kurang berkemampuan.

“Kita berusaha membantu seluruh rakyat dalam Dun Tg. Lumpur yang kurang berkemampuan termasuk kaum cina dan india,” maklum YB Ust. Rosli yang juga merangkap Pesuruhjaya Pas Pahang.

Katanya lagi, ini antara janji Pas Pahang untuk PRU14 akan datang bahawasanya jika diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Pahang, agenda kebajikan untuk rakyat adalah agenda utama yang kita janjikan kepada seluruh rakyat Pahang.

Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Tg. Lumpur masih lagi memerlukan sumbangan orang ramai bagi disalurkan kepada orang-orang kurang berkemampuan sekitar Dun Tg. Lumpur.

Boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank Dana Kebaikan Rakyat Dun Tg. Lumpur – 556226402359.

Link: http://berita.pas.org.my/pas-pahang-yb-adun-tg-lumpur-bantu-kaum-india/

Tags:
Artikel Seterusnya

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: