Taip untuk carian

PAS Miliki 1001 ‘Jundi Majhul’ Yang Ikhlas Berjuang

Artikel Dewan Ulama

PAS Miliki 1001 ‘Jundi Majhul’ Yang Ikhlas Berjuang

Wartawan Salam 17/04/2018
Share

PAS Miliki 1001 ‘Jundi Majhul’ Yang Ikhlas Berjuang

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah menceritakan pengorbanan golongan veteran muslimat di peringkat akar umbi yang sanggup bersengkang mata membasuh bendera dalam menjayakan kempen memenangkan Parti Islam Se Malaysia (PAS) di Kuala Berang.

“Ni gambar yang menyebabkan ana menitis air mata. Terasa jihad ana tidak mantap lagi. Masih takut dengan diri sendiri untuk turun ke Medan.

“Mak Cik tua ni Muslimah kampung Telaga Kuala Berang, masih bersengkang mata hingga dini pagi, basuh bendera PAS. Kebanyakan Unit Peti Undi (UPU) kitar semula bendera yang lepas,” tulis beliau.

Kenyataan beliau sedikit sebanyak telah memberi kesedaran tentang pengorbanan dan keikhlasan golongan ‘As sabiqunal Awwalun’ yang tetap istiqamah menyumbang tenaga demi melihat kemenangan Islam.

Mereka ialah ‘Jundi Majhul’ yang ikhlas berjuang tanpa mengharapkan apa-apa balasan melainkan reda Allah. Istimewanya PAS berbanding parti lain ialah pada kehadiran ramai ‘Jundi Majhul’ yang tidak didendang namun tetap teguh bekerja.

*Jundi Majhul bermaksud ‘tentera yang tersembunyi’ dengan makna petugas di belakang tabir.

PAS Miliki 1001 ‘Jundi Majhul’ Yang Ikhlas Berjuang

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: