Taip untuk carian

PAS Menang Kegiatan Seni Dihapuskan?

Berita

PAS Menang Kegiatan Seni Dihapuskan?

Wartawan Salam 14/04/2018
Share

PADA Dialog Rakyat anjuran Kongres Rakyat Terengganu, himpunan 60 NGO berpengaruh dari seluruh Terengganu sebulan yang lalu, ada seorang wakil dari kalangan persatuan penggerak seni bertanya adakah sebaik menang PAS akan menghapuskan kegiatan seni di bumi Terengganu?

Ia dijawab dengan baik oleh pemimpin PAS bahawa bukan sifat kepimpinan PAS untuk bertindak gopoh dalam hal-hal melibatkan kepentingan rakyat sementelah lagi bila melibatkan nasib kehidupan rakyat.

Saya mempunyai pandangan peribadi yang insya Allah selari jalur pemikiran kepimpinan yang lain. Pendidikan dan pentarbiyahan adalah dalam cabang utama pembentukan modal insan yang akan menjadi pasak, tiang seri negeri dan negara yang kuat.

Sebarang proses perubahan akan dengan perundingan, penglibatan semua aktivis seni, Jabatan Mufti yang memberi panduan dan fokus utama bagaimana kegiatan seni dan budaya boleh dipacu dan dikembangkan lagi supaya ia menjadi nilai tambah yang besar dalam menonjolkan Terengganu Darul Iman yang mempunyai karakter budaya yang unik, menarik.

Fokus sangat perlu kepada bagaimana penggiat seni boleh merasa terbela dalam perjuangan dan minat mereka, profesion yang punya karier masa depan berkembang maju, jadi sumber rezeki.

Negara-negara Islam dalam lipatan sejarah ketamadunannya adalah penyumbang besar kepada kekayaan seni budaya di peringkat dunia. Tak kiralah Turki, atau Iran, mereka punya perancangan berstrategik melalui penglibatan karyawan dan seniman mereka. Memenangi pelbagai anugerah penerbitan-penerbitan dan karya-karya ulung yang terbaik di pentas dunia melalui aplikasi teknologi dan inovasi pemasaran strategik yang memberi nilai tambah.

Saya rasa rakyat tidak perlu khuatir soal seperti panggung wayang, karaoke, pusat snooker, bowling, sukan permotoran, busker , seniman jalanan.

Ini masa kita memikirkan bagaimana rakyat boleh menikmati itu semua dalam masa yang sama tanggungjawab kerajaan memimpin rakyat menjadi insan yang mempunyai akhlak dan perilaku yang baik. Bagi yang beragama Islam, mempunyai garis panduan agar tidak tergelincir hingga terjadi perkara yang merugi dan merosakkan rakyat itu sendiri hingga akhirnya negeri juga yang rugi.

Misalnya kerajaan boleh memikirkan insentif cukai dan dorongan tertentu bagi pusat-pusat hiburan seperti karaoke agar memperkembang konsep rekreasi sekeluarga, family bonding, Islamik, boleh anak nyanyi lagu yang diajar di sekolah sambil diapresiasi oleh adik-beradiknya dan ibu bapa, suasana yang lebih terbuka dan tidak gelap ala “kelab malam” seperti kebanyakan yang ada sekarang.

Saya fikir kita kena mulakan pemahaman asas bahawa asal semua perkara hukumnya ‘harus’, iaitulah dibolehkan dalam Islam. Tidak ada salahnya. Ia menjadi ‘haram’ dengan sebab adanya unsur-unsur yang melanggar larangan Allah S.W.T.

Maka itu tumpuan kita, bagaimana kita memperbaiki ini. Ada yang mudah dibetulkan. Ada yang ambil masa yang lama melibatkan formulasi pilihan-pilihan yang lain yang perlukan perlu tenaga profesional dan pakar yang membantu.

Saya ingin rakyat negeri ini baik Islamnya dalam masa yang sama punya karakter yang positif, ceria, kreatif, periang, punya personaliti yang bervariasi dan ciri peribadi yang kaya nilai budi, luas pergaulan, pengalaman, pengetahuan tentang dunia kelilingnya.

Masa hadapan tiada salahnya kita ada taman tema air, pusat bermain roller blade dan macam-macam. Tetapi dengan rakyat kita, Islamnya grade A1!

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
14 April 2018 – HARAKAHDAILY 14/4/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/6205-pas-menang-kegiatan-seni-dihapuskan

Artikel Seterusnya

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: