Taip untuk carian

Menunaikan Hak Seorang Sahabat

Artikel Dewan Muslimat PAS

Menunaikan Hak Seorang Sahabat

Wartawan Salam 16/07/2018
Share

15 Julai, Kuala Kangsar : Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh berkesempatan menziarah balu Al Marhum Wan Ahmad Tarmizi Abd Aziz, Mantan Ketua Penerangan PAS Perak di kediamannya di Desa Tanjung Murni, Chemor.

Ustazah Nuridah juga mengambil peluang untuk memberikan suntikan semangat dan sedikit sumbangan mewakili Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPM kepada balu Al-Marhum.

Kemudian, beliau serta rombongan menziarahi Dr. Raja Iskandar Al-Hiss, Mantan Yang Di-Pertua Kuala Kangsar di rumahnya. Beliau yang dikesan menghidap barah usus kecil telah mengikuti rawatan hospital secara berkala dan kelihatan semakin sembuh.

Dr. Raja kelihatan gembira menyambut ketibaan rombongan Ustazah Nuridah yang sebelumnya telah diziarahi oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP), Dr. Rosni Adam serta AJK LKKPP dan rombongan LKK Negeri Perak.

Sebelum pulang Ustazah sempat mendoakan kesihatan, kekuatan dan kesembuhan buat Dr. Raja agar dapat meneruskan perjuangan beliau dalam PAS.

Menunaikan Hak Seorang Sahabat

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: