Taip untuk carian

Malaysia perlukan tsunami politik Islam

Berita

Malaysia perlukan tsunami politik Islam

Wartawan Salam 09/04/2018
Share

09 APRIL, BANDAR TUN RAZAK: Tsunami politik berasas perkauman yang pernah berlaku di negara ini terbukti telah gagal memberi penyelesaian terhadap masalah geo-politik Malaysia.

Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Dr G Balachandran berkata, oleh itu Malaysia memerlukan tsunami politik baharu berpaksikan Islam dan yakin akan berlaku pada PRU14.

“Malaysia mempunyai krisis yang teruk ekoran salah urus tadbir oleh Kerajaan BN serta pendekatan politik kotor dan tidak telus. PAS merupakan parti yang memurnikannya semula.

“Selain dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, pemimpin PAS mempunyai pertimbangan dosa dan pahala,” ujar beliau pada sesi Sembang Santai Teh Tarik yang diadakan di Taman Tenaga, kelmarin.

Jelasnya, politik PAS sedemikian bermakna mempunyai panduan daripada Tuhan yang menjadi faktor kestabilan negara kerana wujudnya ‘Kingdom of God’.

Tegasnya, dengan tsunami politik Islam, ia akan menjatuhkan kemungkaran dan membawa keharmonian serta kesejahteraan kepada negara sebagaimana dibuktikan dengan tiadanya pimpinan PAS disiasat tuduhan rasuah.

“Islam mengajar amar makruf nahi munkar. Islam harus memimpin supaya hapuskan kemungkaran. Ia satu-satunya agama merangkumi ‘way of life’.

“Bagi yang tidak kenali Islam, anggap ia agama semata. Tetapi hakikatnya Islam sangat cantik dan indah merangkumi seluruh aspek kehidupan,” terangnya.

Malaysia perlukan tsunami politik Islam

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: