Taip untuk carian

Lahirkan Malaysia Sejahtera

Dewan Ulama

Lahirkan Malaysia Sejahtera

Wartawan Salam 15/03/2018
Share

KEMAMAN , 9 Mac 2018: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan telah menghadiri Fastaqim Kijal yang diadakan di Meraga Beris, Teluk Kalung dan perkarangan Masjid Lama Bukit Kuang.

“PAS mahu membentuk sebuah negara yang rakyatnya, pentadbirannya, pengurusannya dan kepimpinannya adalah sejahtera, sejahtera pada apa yang dimaksudkan oleh syariat Islam” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS akan menggunakan slogan “Malaysia Sejahtera” sebagai tema gerak kerja dan perjuangan semasa dalam menghadapi PRU14 akan datang.

Ini membuktikan bahawa PAS bersedia menjadikan Malaysia negara yang sejahtera mengikut acuan syariat Islam.

Fastaqim Kijal itu juga turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Husein Awang, Yang Di Pertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, Adun Chukai, Hanafiah Mat, Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dan Ketua Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood.

Link: https://berita.pas.org.my/lahirkan-malaysia-sejahtera/

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: