Taip untuk carian

Komited hapus cukai, tol: PAS ada pengalaman

Berita Presiden PAS

Komited hapus cukai, tol: PAS ada pengalaman

Wartawan Salam 09/04/2018
Share

BATU PAHAT: PAS yakin akan melaksanakan penstrukturan semula tol selain menghapuskan cukai yang membebankan rakyat seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika parti ini diberi mandat menerajui negara pada pilihan raya kali ini.

Ini kerana PAS memiliki pengalaman memerintah negeri Terengganu dan telah membuktikan tindakan menghapuskan tol dan cukai di negeri tersebut sebelum ini.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, apabila PAS memerintah Terengganu, tol di Jambatan Sultan Mahmud dihapuskan.

Beliau berkata demikian semasa program Gempur Johor Bersama Presiden PAS di Kompleks PAS Sungai Tongkang Rengit, malam tadi.

Beliau sebelum itu menerangkan harga minyak naik pada 2000, pendapatan Kerajaan Terengganu yang memiliki royalti petroleum lima peratus meningkat daripada RM800 juta hingga RM1 billion.

PAS juga menghapuskan cukai rumah kediaman dan memberikan bantuan kemiskinan kepada rakyat Negeri Terengganu walaupun diketahui bahawa penduduk bandar ramai penduduknya daripada kalangan kaum Cina.

“Dalam Perhimpunan Agung Umno, pemimpinnya buat keputusan merampas royalti, tak bagi pada Terengganu kerana tak ikut kerajaan pusat,” ujar beliau.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata, PAS terpaksa mengambil jalan alternatif menaikkan cukai-cukai yang tidak membebankan rakyat seperti cukai industri, cukai kilang, cukai Petronas yang bertapak di Kemaman dan cukai balak, kata beliau.

“Sebenarnya kita merancang dengan hasil Terengganu boleh bantu Kelantan, bantu negeri-negeri lain, dilingkupkan kita di Terengganu,” kata beliau.

Beliau menegaskan bahawa GST akan dihapuskan sekiranya PAS diberikan peluang memerintah negara disebabkan PAS mampu mengurus dengan baik dengan Kelantan dan Terengganu sebagai contoh. – HARAKAHDAILY 9/4/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6129-komited-hapus-cukai-tol-pas-ada-pengalaman

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: