Taip untuk carian

Kesihatan Emosi Ibu Tanggungjawab Bersama

Artikel Dewan Muslimat PAS

Kesihatan Emosi Ibu Tanggungjawab Bersama

Wartawan Salam 16/03/2018
Share

KENYATAAN MEDIA
DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA
Kesihatan Emosi Ibu Tanggungjawab Bersama

 

1. Muslimat PAS berasa simpati atas berita kematian seorang bayi yang ditinggalkan tanpa sengaja selama 4 jam di dalam kereta oleh ibunya.

2. Muslimat PAS yakin ibu terbabit pasti tidak pernah menjangkakan berlaku tragedi yang pasti meluluhkan hati seorang ibu.

3. Atas kesedaran kepentingan kebajikan untuk wanita, Muslimat PAS berpandangan agar kaum wanita terutamanya para ibu mesti diberikan rehat secukupnya kerana selain bebanan tanggungjawab dan tugasan di tempat kerja, mereka juga perlu melaksanakan kerja-kerja rumah termasuk menguruskan anak dan suami.

4. Kebenaran pulang awal sejam buat ibu boleh diamalkan oleh para majikan agar dapat memberi keselesaan dan ruang kepada mereka menguruskan hal ehwal rumah setelah pulang daripada bekerja.

5. Justeru majikan tidak perlu membebani pekerja selepas tamat waktu bekerja kerana mereka juga perlu memberikan hak yang sewajarnya buat diri masing-masing serta peranan di rumah pula.

6. Selain itu, taska juga wajar diusahakan di tempat kerja agar lebih mudah untuk ibu-ibu ini mengambil dan menghantar anak mereka tanpa perlu risau memikirkan perihal anak yang berjauhan semasa bekerja.

7. Dari perspektif lain, suami wajar memainkan peranan dalam rumah tangga dan tidak hanya membebankan pasangan sendiri. Urusan rumah perlu dibahagikan sebaiknya antara pasangan dengan mengamalkan sikap toleransi dan memahami bebanan tugasan masing-masing.

8. Allah S.W.T telah menciptakan lelaki sebagai pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita sebagaimana yang tercatat dalam Surah An-Nisa’ ayat 34, seharusnya golongan suami memahami dan bertanggungjawab menjaga kebajikan pasangan agar sentiasa berada dalam keadaan baik.

9. Berita kematian ini diharap dapat menjadi iktibar buat semua ibu bapa di luar sana agar lebih berhati-hati di samping menjaga kesihatan emosi masing-masing supaya kejadian yang sama boleh dielak.

10. Di kesempatan ini, Muslimat PAS ingin merakamkan ucapan takziah buat ibu bapa adik Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan atas kejadian buruk yang menimpa. Semoga seluruh ahli keluarga tabah dan sabar menghadapi ujian ini.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”

ROSNI ADAM
Timbalan Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
16 Mac 2018 bersamaan 28 JamadilAkhir 1439

 

Link: https://berita.pas.org.my/kesihatan-emosi-ibu-tanggungjawab-bersama/

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: