Taip untuk carian

Kelantan ikut pusat bubar Dun

Berita Negeri

Kelantan ikut pusat bubar Dun

Wartawan Salam 06/04/2018
Share

KOTA BHARU: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Dato’ Abdullah Ya’kub akan mengadap Pemangku Raja Kelantan memohon pembubaran Dun bagi penggal ke-13.

Katanya, beliau bersama Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob akan mengadap Pemangku Raja Kelantan malam ini.

“Kita akan memohon kepada baginda bagi membubarkan Dun selaras dengan pengumuman dibuat di peringkat parlimen,” katanya di sini.

Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Parlimen akan dibubarkan berkuatkuasa esok untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14.

Beliau membuat pengumuman itu tengah hari ini selepas menghadap dan mendapat diperkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. – HARAKAHDAILY 6/4/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6087-kelantan-ikut-pusat-bubar-dun

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: