Taip untuk carian

Kebangkitan anak muda gerak Tsunami Hijau

Artikel Berita Negeri

Kebangkitan anak muda gerak Tsunami Hijau

Wartawan Salam 08/05/2018
Share

PAKAR ekonomi dan penganalisis politik, Prof Dr Hoo Kee Ping meramal berlaku Tsunami Hijau dalam pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. Beliau turut meramalkan beberapa nama besar yang mewakili Pakatan Harapan (PH) akan kalah seperti Tun Mahathir Mohamad di Langkawi, Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh), Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail (Lembah Pantai) dan Datuk Seri Azmin Ali (Gombak). Mungkin pandangan Hoo itu sukar diterima kepada mereka yang melihat persaingan politik mainstream antara Barisan Nasional (BN) dan PH walaupun PAS menyatakan parti pembangkang paling awal di negara ini, ialah PAS.

PH cuba menggambarkan bahawa PAS terkeluar daripada arus utama politik tanah air tetapi PAS dapat membuktikan bahawa ia masih menjadi persaingan kuat kepada BN walaupun terpaksa berdepan tiga penjuru melalui himpunan besar-besaran dalam siri yang dianjurkan PAS.

Malah dalam siri himpunan Fastaqim, terdapat golongan yang menggerakan Tsunami Hijau seperti dimaksudkan Hoo itu ialah anak muda. Deruan enjin konvoi bermotor disertai lebih 8,000 di Fastaqim Kuala Terengganu terdiri anak muda yang menjadi pengundi baru, lebih seronok dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) diperkenalkan PAS bagi menghadapi ancaman kepada masyarakat disebabkan politik fitnah dan kebencian.

PAS menyedari keadaan ini serta memahami kehendak orang muda maka antara faktor tersebut PAS mengemukakan ramai calon muda. PAS Selangor sahaja sebanyak 70 peratus terdiri calon muda bermula umur 30 tahun iaitu Ustaz Muhammad Labib Abd Jalil di Parlimen Sabak Bernam.

Ustaz Idris Ahmad mempertahankan Parlimen Bukit Gantang berkata PAS parti pembangkang paling lama bererti kerja dakwah untuk menegakkan Islam telah dijalankan lebih 67 tahun lagi.

Berkat kesabaran serta rasa bertanggungjawab menolong agama Allah maka di kalangan ahli PAS ada yang mendirikan Pusat Pendidikan sendiri sama ada dikenali Pendidikan Pondok, Tahfiz merupakan tawaran kepada ibu bapa yang mahu menghantar anak mempelajari agama.

Pusat Pendidikan Agama ini tumbuh untuk memenuhi permintaan ibu bapa manakala 28 tahun pemerintahan PAS di Kelantan memperuntukkan sejumlah besar Bajet Pendidikan menjadi faktor keutamaan ramai anak muda yang membesar sekarang mencintai Islam.

Anak muda mendapat pendidikan agama ini, apabila menamatkan pengajian mereka akan bersama masyarakat dan bertebaran dalam bidang masing-masing. Salah satu perkara yang cukup kuat tersemat dalam hati mereka ialah kecintaan Islam dan menyeru orang ramai kepada Islam walaupun satu ayat. Gerak kerja dakwah ini akan menjadi seumpama pemasaran Multi Level atau berangkaian dan dapat dilihat hasilnya pada PRU14 ini.

Namun begitu harus juga disedari peranan kuasa wang atau politik wang digunakan BN dan PH mampu mengancam prinsip yang boleh membolak-balikkan hati manusia tidak akan mengundi PAS. Aktivis politik, Hishamuddin Rais, pada Julai 2017, menyuarakan PH perlu menggunakan Mahathir kerana beliau ada wang dan boleh mendapatkan wang melalui jutawan seperti Ananda Krishnan dan Vincent Tan serta seumpamanya yang boleh menyumbang kepada PH bagi menghadapi pilihan raya.

“Nak jatuhkan Najib (Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Abdul Razak) kena ada belanja yang besar. Kalau orang macam Mat Sabu (Presiden PAN, Mohamad Sabu) mana dia boleh konteks Ananda. Kalau Mahathir, malam pun dia boleh call,” ujarnya dalam Forum Tun Mahathir Agen Perubahan atau Agen Pemusnah di Dewan Kelab Cina Selangor, Kuala Lumpur.

Selain isu kezaliman yang diperjuangkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah isu kroni. Jika itulah hujah PH untuk menaikkan balik Mahathir menjadi PM bermakna PH mengulangi kembali isu kekayaan negara berlegar di kalangan kroni mereka.

Jutawan yang memberi sumbangan kepada Mahathir untuk belanja pilihan raya mesti ada tawar-menawar dan tidak mustahil projek mega kembali dikuasai mereka ini. Perlu diingat juga masih ramai rakyat sekadar berpendidikan sederhana dan berpengetahuan rendah dalam agama lebih merasakan keutamaan hidup untuk cari makan. Maknanya hidupnya hanya fikir wang.

Malah terdapat juga golongan berpendidikan tinggi didoktrin mengkritik Islam atau mereka yang lebih gemar dengan perbezaan pendapat dan mempunyai tujuan serta maksud tertentu, memang sukar menyokong PAS. – HARAKAHDAILY 8/5/2018

2 Comments

  1. Hafiz 08/05/2018

    Islam paling utama

    Reply
    1. Wartawan Salam 16/05/2018

      In shaa Allah. Allahuakbar. Amin

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: