Taip untuk carian

Artikel

Jualan Sentuhan Rakyat Kerana Silap Urus Tadbir & Beban GST

Wartawan Salam 08/03/2018
Share

ROMPIN: Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 semakin banyak program dilaksanakan kerajaan bagi membantu Umno menarik sokongan rakyat.

Antaranya program jualan murah yang melibatkan subsidi terpaksa ditanggung kerajaan membabitkan peruntukan tidak sedikit.

Mulai tahun ini kerajaan BN menganjur program Jualan Sentuhan Rakyat di kawasan parlimen di seluruh negara.

Yang Dipertua PAS Rompin, Ustaz Nazri Ahmad berkata, pemimpin Umno seperti lupa silap urus tadbir sekarang dengan memperkenalkan GST menyebabkan berlaku kos sara hidup.

“Parti yang memerintah menyebabkan berlaku kenaikan harga barang ekoran pelbagai cukai diperkenalkan.

“Mereka yang menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan. Sebaliknya dianjur pula jualan murah kononnya bersimpati dengan rakyat.

“Ini amat melucukan atau mungkin Umno merasa bersalah kepada rakyat dan ingin menebus kesalahannya,” katanya di sini.

Program Jualan Sentuhan Rakyat dianjurkan kerajaan pusat di premis milik Umno di seluruh negara.

Nazri juga berkata, ada sesuatu yang menghairankan di sebalik kesungguhan Umno menganjurkan pesta jualan murah.

Menurutnya program jualan murah tersebut mungkinkah terlepas daripada GST atau kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan lagi bagi memberi subsidi kepada penjual terlibat.

“Penganjur pesta jualan murah Umno memperolehi keuntungan besar kerana mereka boleh mendapat barangan pada harga kilang kerana membeli dalam kuantiti banyak.

“Mungkin ada subsidi disediakan kerajaan. Ini hanya main silap mata sahaja,” ujarnya. -HARAKAHDAILY 7/3/2018

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: