Taip untuk carian

Hospital Wanita Patuh Syariah : TAHNIAH Kerajaan Kelantan

Artikel Dewan Muslimat PAS

Hospital Wanita Patuh Syariah : TAHNIAH Kerajaan Kelantan

Wartawan Salam 31/05/2018
Share

1. Muslimat PAS merakamkan ucapan Tahniah buat Kerajaan Kelantan atas inisiatif untuk membangunkan sebuah hospital wanita dan kanak-kanak patuh syariah yang dijangka akan bermula pada Januari tahun hadapan.

2. Hospital Wanita dan Kanak-kanak An-Nisa’ ini bukan sahaja bakal menjadi mercu tanda baharu di Kelantan, malah ianya akan menjadi contoh bagi hospital lain kerana membawa konsep patuh syariah.

3. Selain menjadi tempat untuk wanita dan kanak-kanak mendapatkan rawatan dan perkhidmatan yang lebih baik, hospital ini juga memberikan peluang kerjaya khusus kepada doktor dan jururawat wanita untuk berkhidmat dengan lebih selesa.

4. Besarlah harapan kami agar kerajaan Persekutuan juga dapat mengikuti langkah dan usaha yang baik ini dengan menubuhkan lebih banyak Hospital khusus untuk wanita dan kanak-kanak bagi memenuhi kemudahan dan keselesaan kaum ibu.

Rosni Adam
Timbalan Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
30 Mei 2018 bersamaan 14 Ramadan 1439

https://berita.pas.org.my/hospital-wanita-patuh-syariah-tahniah-kerajaan-kelantan/

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: