Taip untuk carian

Hina Agong: PAS Kelantan lapor polis

Dewan Pemuda PAS Kawasan Negeri

Hina Agong: PAS Kelantan lapor polis

Wartawan Salam 31/05/2018
Share

KOTA BHARU – Pemuda Pas Kelantan meminta polis menyiasat dua individu didakwa menghina Yang Dipertuan Agong berhubung larangan terhadap pemimpin Pakatan Harapan, Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah daripada memasuki semua pejabat pentadbiran dan istana negeri itu.

Ketua Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, selepas surat pekeliling bertarikh 27 Mei 2018 itu dikeluarkan, pelbagai kenyataan dimuat naik di media sosial oleh individu yang jelas menghina sultan dan institusi raja di negeri ini.

“Satu blog menulis bahawa dalam kes ini siapa yang berlindung di bawah ketiak siapa. Ini menunjukkan seolah-olah Kerajaan Kelantan menjadi penasihat utama kepada istana yang menyebabkan istana betul-betul bertindak atas nasihat kerajaan negeri.

“Ini satu fitnah terhadap kerajaan negeri dan penghinaan terhadap institusi beraja, seolah-olah institusi diraja dikongkong oleh kerajaan negeri dalam membuat keputusan,” katanya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, tadi.

Hadir sama, kira-kira 50 ahli Pas bersama Setiausaha Pemuda Pas negeri, Mohamad Kamal Mohamad yang membuat laporan itu.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad mengeluarkan kenyataan berhubung larangan terhadap Husam yang juga Pengerusi Harapan Kelantan dan Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim adalah arahan daripada pihak Istana Kelantan.

Kedua-duanya dihalang daripada memasuki semua jabatan kerajaan negeri dan turut tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke enam istana di Kelantan. SINAR HARIAN 30/5/2018

https://berita.pas.org.my/hina-agong-pas-kelantan-lapor-polis/

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: