Taip untuk carian

Generasi Muda dan Hiburan

Artikel Dewan Muslimat PAS

Generasi Muda dan Hiburan

Wartawan Salam 22/07/2018
Share

Tahun berganti tahun, teknologi semakin canggih seiring peredaran zaman. Dahulunya, kanak-kanak sering bermain dan berinteraksi dengan alam, mandi sungai, tarik upih, lastik burung, itulah kegembiraan dan kebahagiaan anak-anak kecil di awal usia meningkat remaja.

Tidak lama kemudian, permainan tradisional pula diperkenalkan; yang perempuan bermain congkak, batu seremban, lompat getah, sesekali ‘main masak-masak’, manakala yang lelaki bermain ceper dan ‘police entry’.

Mereka membesar dengan cara tradisional, berkawan dan berinteraksi secara langsung dengan alam dan manusia sekeliling. Namun kini semuanya telah berubah, gajet telah mencuri kebahagiaan dan kegembiraan anak-anak sekarang, baik yang kanak-kanak hingga remaja semua telah terpengaruh dengan dunia teknologi yang semakin berkembang.

Dengan gajet sama ada smartphone, tab dan sebagainya ini, generasi sekarang ingin mendapatkan hiburan, pelbagai aplikasi dicipta untuk memuaskan gelojak jiwa anak muda yang suka akan hiburan. Sehingga mereka berasa cukup dengan hanya hidup bersama gajet ini, dan yang paling membimbangkan sesetengah mereka hidup bagaikan tiada erti tanpa gajet.

Inilah kerosakan demi kerosakan yang mesti dihadapi oleh ibu bapa zaman sekarang. Hiburan yang melampau telah menambah perisa bagi anak muda zaman sekarang. Sama ada melalui drama, filem mahupun lagu. Dalam suatu lagu nasyid nyanyian kumpulan Raihan ada menyebut,

“Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah. Hanya pabila salah memilihnya membuat kita rasa bersalah”.

“Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Terasa berat amanah yang perlu digalas oleh ibu bapa kerana zaman sekarang sudah tidak sama dengan zaman dahulu, mendidik anak kiranya lebih susah daripada mengembala sekandang kambing. Perlu dididik dan diajar mengikut zaman mereka.

Peranan ibu bapa dalam membentuk anak mereka perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Generasi muda ini yang akan mencorak masa depan negara, jika baik mereka, maka baiklah negara kita, jika sebaliknya yang berlaku, maka tiada apa lagi yang kita boleh harapkan daripada generasi muda masa kini.

Kepada anak muda, sedarlah kalian bahawa kita hidup ini hanya sementara, sekarang kita masih boleh bersuka-ria melihat artis pujaan di hadapan mata sambal menjerit dan melompat bahagia, jangan lupa bahawa suatu hari nanti kita akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini.

Saat itu nanti tidak berguna artis yang dipuja, mereka sesekali tidak dapat membantu kita sedikitpun. Justeru, anak muda masih berlum terlambat untuk kalian kembali semula ke jalan yang Allah redha. Berhibur sesekali tidak salah tapi jangan mengabaikan perkara yang wajib dan adab serta batasan yang perlu dijaga.

“Anak muda…

Kalian harapan bangsa, agama dan negara. Perelokkanlah dirimu untuk masa akan datang.”

Dikeluarkan oleh,
Sekretariat
Dewan Muslimat PAS Malaysia
20 Julai 2018 bersamaan 7 Zulkaedah 1439

 

Generasi Muda dan Hiburan

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: