Taip untuk carian

Gagasan Sejahtera tawar penstrukturan semula belanjawan negara

Artikel Uncategorized

Gagasan Sejahtera tawar penstrukturan semula belanjawan negara

Wartawan Salam 29/04/2018
Share

Kenyataan Media Penerangan. 188/59
11 Syaaban 1439 / 27 April 2018

GAGASAN SEJAHTERA TAWAR PENSTRUKTURAN SEMULA BELANJAWAN NEGARA

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan

1. Menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan dalam merangka polisi fiskal negara dengan melihat unjuran kedudukan ekonomi negara di samping menstabilkan harga barang dan peluang pekerjaan

2. Dasar ini diterjemahkan ke dalam pengurusan belanjawan negara yang dibentangkan saban tahun.

3. PAS bersama Gagasan Sejahtera mengemukakan kaedah penstrukturan pendapatan dan perbelanjaan negara. Kedua-dua aspek ini dibentuk supaya bertepatan dengan prinsip ekonomi yang digagaskan oleh Islam.

4. Pertama, bagi menyediakan pendapatan negara yang mapan, Gagasan Sejahtera mengemukakan beberapa alternatif bagi menggantikan sistem pencukaian GST yang bersifat meluas (broaden-based) dan membebankan rakyat kepada sistem cukai simpanan terendah syarikat korporat dan cukai saham.

5. Kedua-dua alternatif tersebut adalah sistem pencukaian kepada “lebihan kekayaan”dan bersifat “idle resources”. Ini lebih bertepatan dengan prinsip yang dikemukakan oleh Islam supaya kekayaan tidak berlegar dikalangan orang kaya sahaja.

6. Kedua, bagi memastikan perbelanjaan negara yang lebih berstruktur, Gagasan Sejahtera dalam Manifesto Malaysia Sejahtera mengemukakan cadangan “supaya 25% daripada cukai-cukai alternatif tadi diperuntukkan kepada golongan B40 melalui program bantuan asnaf, bantuan pendidikan, pembiayaan perumahan, suntikan awal perniagaan dan sebagainya” (1).

7. Justeru, inilah komitmen bagi memastikan pengurusan kewangan negara mengutamakan golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Mari membina Malaysia Sejahtera.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

Rujukan;

(1) Teras Ketiga: “Pemberdayaan Rakyat Untuk Meredakan Kesan Peningkatan Inflasi dan Kesan Kos Sara Hidup”, Manifesto Malaysia Sejahtera.

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: