Taip untuk carian

Deposit calon kawan pun PAS bayarkan

Artikel

Deposit calon kawan pun PAS bayarkan

Wartawan Salam 09/04/2018
Share

PULUHAN tahun PAS bertanding, tak pernah timbul isu dan masalah hal deposit pilihan raya. Yang lompat masuk PAN pun bertanding dalam PRU lepas dengan deposit pilihan raya dibayar oleh PAS. Bukan bayar sendiri. Baik deposit calon atau deposit bahan kempen semuanya dibayar oleh parti.

Malah PAS Terengganu pernah tolong bayar deposit pilihan raya bagi calon biru muda dalam PRU 11 dan PRU 12 di Terengganu. Bila SPR pulangkan deposit pilihan raya kepada parti biru muda selepas PRU 11, terus senyap begitu saja. Sedangkan duit deposit itu milik PAS, bukan duit milik parti biru muda. Duit poket calon pun PAS Terengganu bagi RM 5000 kepada setiap calon termasuk calon biru muda dalam PRU 11. Inilah PAS kalau ada lagi yang belum kenal.

Kenapa selama ini tak timbul dari mana PAS ambil duit? Eh! Sekarang baru timbul, kalau bukan ambil duit dari Umno, dari mana PAS dapat duit nak bayar deposit? Masa masih bersama dalam PR dulu pun, PAS dah tolong bayar deposit untuk rakan PR! Takkan nak bayar untuk calon parti sendiri tak ada duit?

DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 9/4/2018

 

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/6135-deposit-calon-kawan-pun-pas-bayarkan

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: