Taip untuk carian

Ceramah Umum Menuju PRU14 Wangsa Maju

Berita Negeri

Ceramah Umum Menuju PRU14 Wangsa Maju

Wartawan Salam 10/04/2018
Share

WANGSA MAJU – Jabatan Pilihanraya Kawasan Wangsa Maju telah menganjurkan ceramah umum menuju PRU-14 pada 7 April 2018 lepas bagi usaha membangkitkan semangat ahli-ahli PAS di kawasan Wangsa Maju dalam persediaan menuju Pilihanraya Umum ke 14 nanti.

Ceramah tersebut yang diadakan dengan kerjasama PAS Cawangan Sri Kedah dan Pangsapuri DBKL Fasa 2 berjaya mengumpulkan pendokong dan penyokong PAS di Wangsa Maju untuk menjadi petugas pilihanraya nanti.

Ceramah bermula pada jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 11.45 malam. Walaupun agak lewat, kelihatan pendengar tidak berganjak dari khemah kerana ingin mengetahui tawaran PAS kepada penduduk Wangsa Maju.

“Dalam 2 pilihanraya umum sebelum ini iaitu pada 2008 dan 2013, PAS Wangsa Maju tidak menghantar calon untuk bertanding di Wangsa Maju. Namun kita membantu PKR dalam menggerakkan jentera pilihanraya kerana kita berada dalam kerjasama Pakatan Rakyat sebelum ini. InsyaAllah PAS akan menghantar calon sendiri untuk bertanding di Parlimen Wangsa Maju”, jelas Yang DiPertua PAS Wangsa Maju, Tuan Haji Razali Tumirin yang juga merupakan salah seorang panel bagi ceramah tersebut.

Turut hadir sebagai panel ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang membentangkan tawaran PAS kepada rakyat berlandaskan Islam melalui Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051) serta membentangkan isu-isu semasa yang hangat di Malaysia.

Majlis juga berkesempatan melancarkan dua Bilik Gerakan Unit Peti Undi di sini iaitu Bilik Gerakan Cawangan Sri Kedah dan Pangsapuri DBKL Fasa 2 yang disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS Wangsa Maju, Tuan Haji Razali Tumirin.

 

Ceramah Umum Menuju PRU14 Wangsa Maju

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: