Taip untuk carian

Tuan Guru Presiden PAS Sambut Rombongan Rakyat Penoreh Getah Padang Terap

Artikel

Tuan Guru Presiden PAS Sambut Rombongan Rakyat Penoreh Getah Padang Terap

Wartawan Salam 20/03/2018
Share

Catatan Parlimen: Tuan Guru Presiden PAS Sambut Rombongan Rakyat Penoreh Getah Padang Terap

1. Pada jam 11.00 pagi tadi, Ahli Parlimen Marang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama YB Ustaz Idris Ahmad, YB Dr Che Rosli Che Mat dan YB Siti Zailah bt Mohd Yusoff telah menyambut rombongan rakyat penoreh getah dari Padang Terap, Kedah.

2. Mereka menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen PAS bagi menggesa kerajaan agar bertindak segera terhadap isu harga getah dan bandaraya getah.

Kos kehidupan yang semakin meningkat sementara harga getah pula semakin rendah telah menjerumuskan penoreh dan pekebun kecil khususnya dari Padang Terap dalam situasi kesempitan yang meruncing, mengheret penoreh ke perangkap berhutang dan hilang daya saing.

3. Janji manis pihak kerajaan semasa Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu kepada rakyat Padang Terap untuk membina sebuah Bandaraya Getah di Padang Terap sehingga sekarang langsung tidak menunjukkan apa-apa kemajuan fizikal malahan rakyat tidak pernah melihat rupa bentuk perancangan bandaraya tersebut.

4. Antara tuntutan mereka ialah;
a) Mendedahkan harga kontrak komoditi getah seperti harga komoditi lain (minyak sawit mentah, emas, arang batu, kopi, dan lain-lain) yang menjadi asas penetapan harga di pasaran dan di ladang. Menyembunyikan harga ini membuka ruang manipulasi pengilang dan trader.

b) Kerajaan segera memperuntukkan dana khas negara berjumlah RM1.6 bilion untuk membantu melaksanakan skim harga lantai getah pada RM4 sekilogram.

c) Mendedahkan perancangan sebenar projek Bandaraya Getah Padang Terap , syarikat yang terlibat membangunkan projek tersebut , status pengambilan tanah di tapak projek tersebut (Ladang Bukit Ketapang) dan status terkini peruntukkan bajet kerajaan persekutuan 2016 untuk projek tersebut berjumlah yang berjumlah RM320 juta.

5. Semoga hasrat dan rintihan rakyat ini dapat disuarakan oleh PAS kepada pihak Kerajaan ketika sidang dewan yang masih berlangsung sekarang.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
20 Mac 2018

1 Comments

  1. terbaik.. ydp pas kawasan padang terap ustaz mohd azam aziz berkorban masa.tenaga dan wang ringgit bersama rakyat penoreh getah menangkat isu yg membelenggu rakyat padang terap

    Reply
  2. Ahmad 29/04/2018

    Tahniah PAS.

    Mohon admin update info terkini memgenai MANIFESTO PAS & CALON2 PAS.

    Mohon admin jadikan website ini lebih mesra smartphone. Banyak button tidak dapat tekan dengan lancar.

    Reply

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: