Taip untuk carian

Calon profesional antara muka depan PAS

Artikel

Calon profesional antara muka depan PAS

Wartawan Salam 04/05/2018
Share

Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) ini telah melahirkan gelombang baru dari kalangan calon-calon yang dipamerkan PAS.

PAS yang sebelum ini terkesan dengan sentimen bahawa mereka telah mengenepikan golongan profesional telah menghantar sebanyak 10 calon daripada kelompok golongan profesional untuk bertanding mewakili PAS dalam PRU14.

Calon professional yang ditampilkan PAS memiliki pengkhususan yang meluas yang  menjadikan mereka calon yang ideal untuk diundi sebagai pemimpin supaya mereka dapat menggunakan kepakaran mereka bagi membangunkan negara Malaysia Sejahtera.

PAKAR AEROANGKASA JADI TARUHAN PAS

PAS meletakkan seorang pakar aeroangkasa sebagai salah seorang calonnya di kawasan kerusi Dun Ru Rendang. Beliau yang digembar-gemburkan sebagai calon professional PAS tersebut adalah Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merupakan Setiausaha Politik Presiden PAS.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memiliki Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang aeroangkasa yang membuatkan beliau dipanggil oleh beberapa stesen televisyen bagi menjelaskan berkaitan kegagalan fungsi kapal terbang ketika kes kehilangan MH370.

Kehadiran beliau ke kancah masyarakat bagi memberi sumbangan kepada seluruh rakyat akan menambahkan lagi sinar harapan rakyat yang mengharapkan perubahan pada pilihan raya kali ini.

10 CALON PROFESSIONAL PAS TAMPILKAN

Pada PRU14 ini PAS menampilkan seramai 10 orang calon profesional yang akan menggalas aspirasi rakyat bagi menuju perubahan yang dinantikan.

Antara calonnya adalah Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Dato’ Dr. Johari bin Mat, Dr. Che Rosli bin Che Mat, Dr. Hajjah Rosni Adam, Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin, Prof. Haji Zainal Abidin Kidam, Dr. Najihatussalehah Ahmad, Iskandar Abdul Samad, Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan dan Dr. Wan Maseri Wan Mohd..

Kesemua mereka merupakan professional yang ditampilkan oleh PAS melihatkan PAS yang sangat disukai oleh golongan-golongan akademik yang melihat PAS sebagai ‘Government In Waiting’.

ULAMA’ DAN UMARA’ BERSAMA BAGI MEREALISASI MALAYSIA SEJAHTERA

PAS yang sinonim dengan parti ‘lebai’ yang memiliki ramai ahli dari kalangan mereka yang agamawan atau pun mereka yang berlatarbelakangkan agama kini mula dipenuhi oleh mereka yang daripada susur galur professional.

Asimilasi di antara kedua-dua golongan ini bakal menjadikan PAS sebagai parti yang kukuh dengan pegangan prinsip yang kuat dengan wujudnya golongan ulama di samping memiliki golongan akademik yang akan membina parti dan negara supaya membangun dengan sejahtera dan berkebajikan.

Sepertimana Sultan Muhammad Al-Fateh yang disisinya adalah Syeikh Syamsuddin Al-Wali, PAS menggabungkan kedua-duanya supaya gabungan ini akan mampu memberikan sebuah acuan yang baik bagi membangunkan negara.

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: