Taip untuk carian

Calon muslimat PAS berdaya saing

Artikel Dewan Muslimat PAS

Calon muslimat PAS berdaya saing

Wartawan Salam 04/05/2018
Share

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) bakal menyaksikan pertembungan 3 penjuru diantara komponen utama parti di Malaysia. Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengeluarkan seramai rasmi 14,940,624 pemilih berdaftar yang mengambil bahagian dalam PRU14 pada kali ini.

PRU kali ini juga bakal menampilkan gabungan pakatan yang baru iaitu PAS-Gagasan Sejahtera, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional disamping beberapa parti yang lain seperti Parti Sosialis, Parti Rakyat Malaysia dan beberapa parti yang akan bertanding beserta calon bebas.

Seramai 687 orang calon Parlimen dan 1646 calon DUN bakal menjadi pilihan rakyat di seluruh negara. Semestinya mereka menantikan sesuatu daripada bakal wakil rakyat pilihan mereka. Dengan berbagai latar belakang calon yang bertanding, akan menghangatkan lagi pentas PRU 14 kali ini.

Sudah pasti PRU 14 kali ini bakal mencipta satu lagi sejarah dalam Malaysia, rakyat semestinya akan menantikan detik pengumuman keputusan pada malam 9 Mei akan datang siapakah yang bakal menerajui kerajaan.

Justeru itu, PAS tidak ketinggalan dengan menampilkan calon wanita dari pelbagai bidang seiring dengan hasrat PAS membawa suara wanita dalam parlimen dan dewan undangan negeri yang berpotensi membawa mesej parti.

CALON DARI DEWAN MUSLIMAT MENINGKAT

PRU 13 yang lalu, PAS secara khususnya telah meletakkan 22 orang calon wanita, 8 bagi kerusi Parlimen manakala 14 bagi kerusi DUN.

Berbeza dengan PRU 14, PAS telah menampilkan seramai 38 secara keseluruhannya. Dengan 10 calon bagi kerusi Parlimen dan 28 calon bagi kerusi DUN, serta seorang calon wanita yang akan bertanding bagi kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN. PAS juga telah meletakkan seorang calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS bagi membawa cabaran PAS kali ini.

KETUA MUSLIMAT MENDAHULUI SENARAI   

Ustazah Nuridah Mohd Salleh kelahiran Pekan, Pahang mendahului senarai calon yang akan bertanding di parlimen Sungai Buloh. Beliau merupakan seorang pentadbir dan Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Abqari. Berpendidikan SMA Kuala Rompin, Kolej Islam Klang (KIK), seterusnya menyambung pelajaran ke Universiti Malaya mengambil BA Usuluddin dan seterusnya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga salah seorang ahli DARUSSYIFA’ yang mendapat terus ijazah daripada Tuan Guru Haron Din.

Beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia. Disamping itu beliau turut menjadi ahli jawatankuasa PAS Pusat iaitu timbalan pengerusi lajnah pemerkasaan parti PAS pusat. Beliau turut dilantik sebagai ketua dewan muslimat PAS Wilayah Persekutuan. Merupakan bekas calon pas di Dun Tahan pada PRU 12 dan parlimen Rompin pada PRU 13.

CALON LAIN YANG BAKAL BERSINAR

PAS Pusat turut mencalonkan beberapa nama besar yang lain bagi mengisi beberapa kerusi. Mereka juga mempunyai latar belakang akademik yang baik. Antaranya ialah Dr Rosni Adam (Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian, UM), Dr Najihatussalehah Ahmad (Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di UM), Ustazah Siti Mastura Mohamad (Sarjana, USM), Puan Norsah Bongsu (Ijazah Sarjana Muda Sains), Puan Mumtaz Md Nawi (Jurusan Undang-undang UIAM), Puan Noor Hanim Ismail , Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali, Dr Wan Maseri Wan Mohd.

 

Berikut senarai calon wanita bagi kerusi Parlimen dan DUN yang akan mewakili PAS-Gagasan Sejahtera pada PRU 14 nanti;

PARLIMEN

SELANGOR (2)

  1. P105 Petaling Jaya : Puan Hajjah Noraini Hussin (Ketua Dewan Muslimat PAS Kapar, Pengarah Pilihanraya/Jabatan Pilihanraya)
  2. P107 Sungai Buloh : Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua dewan Muslimat PAS Malaysia)

▪ PERAK (2)

  1. P058 Bagan Serai: Hajjah Rohaya Bakar (Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak)
  2. P069 Parit : Dr Najihatussalehah Ahmad (AJK PAS Pusat)

▪ KEDAH (1)

P006 Kubang Pasu: Puan Norhafiza Fadzil (Pengurus Pentadbiran & Operasi Dewan Muslimat PAS Malaysia)

▪ PAS PULAU PINANG (1)

P041 Kepala Batas : Ustazah Siti Mastura Mohamad (Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang)

▪ WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (1)

P124 Bandar Tun Razak : Dr Rosni Adam  (Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia)

▪ JOHOR (1)

P155 Tenggara : Puan Yuhanita Yunan (Ahli Jawatankuasa Lajnah Asas Tani Dewan Muslimat PAS Malaysia)

▪ KELANTAN (1)

P023 Rantau Panjang : Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff (Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan)

▪ SABAH (1)

P185 Batu Sapi : Puan Norsah Bongsu (Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah)

DUN

▪ SELANGOR (7)

  1. N19 Bukit Antarabangsa : Puan Sharifah Haslizah Syed Ariffin (Ketua Penerangan PAS Kawasan Ampang)
  2. N25 Kajang : Puan Zaiton Ahmad (Ketua Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat)
  3. N29 Sri Serdang : Puan Noor Hanim Ismail (Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor)
  4. N39 Kota Damansara : Puan Siti Rohaya Ahad (Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang)
  5. N43 Sementa : Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan (Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia)
  6. N44 Selat Klang : Dr Halimah Ali (Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Selat Kelang)
  7. N56 Sungai Pelek : Puan Rohaya Mohd Shahir (Bendahari PAS Kawasan)

▪ KEDAH (4)

  1. N01 Ayer Hangat: Puan Azlina Azina (Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Langkawi)
  2. N05 Bukit Kayu Hitam : Puan Habshah Bakar (Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kubang Pasu)
  3. N29 Sidam : Puan Noor Hidayah Foo Abdullah (Mantan Guru)
  4. N33 Merbau Pulas : Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali (Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga)

▪ JOHOR (4)

  1. N03 Pemanis : Puan Normala Sudirman (Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan)
  2. N37 Johor Lama : Puan Zaharah Othman (Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Kota Tinggi)
  3. N42 Johor Jaya : Cik Kumutha A/P Rahman (Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS Johor)
  4. N44 Larkin : Puan Zakiah Tukirin (Bendahari PAS Kawasan Johor Bharu)

▪ PERAK (3)

  1. N34 Bukit Chandan : Puan Intan Norhani Mohamad Basir (Penyelaras DUN Bukit Chandan)
  2. N48 Ayer Kuning : Puan Salmah Ab Latiff (Exco Dewan Muslimat PAS Negeri Perak)
  3. N51 Pasir Panjang : Puan Rohawati Abidin (Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut)

▪ NEGERI SEMBILAN (2)

  1. N17 Senaling : Puan Fazilah Abu Samah (Ketua Muslimat PAS Negeri Sembilan)
  2. N25 Paroi : Ustazah Masita Mohamed Ali (Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau)

▪ PAHANG (2)

  1. N14 Teruntum : Puan Azizah Mohd Ali (Ketua Muslimat PAS Kuantan)
  2. N15 Inderapura : Dr Wan Maseri Wan Mohd (Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuantan)

▪ KELANTAN (2)

  1. N08 Tanjung Mas : Puan Rohani Ibrahim (ADUN Tanjung Mas)
  2. N19 Demit : Puan Mumtaz Md Nawi (Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Kerian)

▪ SABAH (2)

  1. N03 Pitas : Puan Dausieh Queck (Ketua Dewan Muslimat Kawasan Kudat)
  2. N44 Karamunting : Puan Norsah Bongsu (Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah)

▪ MELAKA (1)

N25 Rim : Puan Hajah Kintan Man (Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka)

▪ PAS PULAU PINANG (1)

N38 Bayan Lepas : Puan Zarina Shinta Madar (Ketua Muslimat PAS Kawasan Bukit Bendera)

Akhir kalam, biarpun kebanyakkan mereka tidak dikenali umum, tetapi dengan pengalaman yang mereka ada mampu untuk membawa suara wanita di peringkat parlimen dan Dun yang mereka tandingi. Semoga slogan yang dibawa oleh Dewan Muslimat PAS Malaysia iaitu “Wanita Sejahtera Suri Hati Negara” berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mengangkat wanita kearah yang lebih berdaya saing.

 

 

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: