Taip untuk carian

Bila warga FELDA bersuara !

Dewan Pemuda PAS

Bila warga FELDA bersuara !

Wartawan Salam 15/03/2018
Share

Bila warga FELDA bersuara!

Sayu mengenangkan nasib FELDA dan generasinya. Penghujung video ini mendedahkan segalanya.

Mengembalikan Kegemilangan FELDA adalah impian semua pihak khasnya warga peneroka dan generasi FELDA. Jika kita serius ingin menyelamatkan FELDA, suatu keputusan berani mesti dilakukan pada PRU yang akan datang, di mana tampuk pemerintahan kerajaan UmnoBn mesti di tamatkan riwayatnya serta pemerintahannya.
PAS bersedia memimpin perubahan ini, perubahan yang mampu mendatangkan kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat terutamanya warga FELDA. Terdapat 54 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen yang ada padanya FELDA, undi peneroka dan generasinya sangat penting untuk melakukan perubahan. Perubahan yang bakal mengembalikan semula kegemilangan FELDA serta membela nasib dan masa depan setiap peneroka. PAS bersedia bersama – sama warga FELDA untuk memimpin serta meneraju perubahan untuk masa depan yang lebih makmur dan gemilang.

Moga GENERASI terus membawa kesejahteraan kepada FELDA.

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: