Taip untuk carian

Bertanding pilihan raya satu jihad

Berita Negeri

Bertanding pilihan raya satu jihad

Wartawan Salam 10/04/2018
Share

TANAH MERAH: PAS Kelantan akan mengumumkan pelancaran manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dalam masa terdekat.

Jawatankuasa manifesto PAS Kelantan dipengerusikan Timbalan Pesuruhjaya, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, manifesto tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun katanya, pengumuman calon PAS akan dibuat selepas mendapat lampu hijau daripada PAS Pusat.

“Sebab kita bersama PAS Pusat dalam apa sahaja keputusan. Saya juga mengepalai jentera pilihan raya PAS Kelantan.

“Dan Insya Allah akan bertanding dalam pilihan raya ini kerana ia merupakan satu jihad,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan lombong dan kilang pemprosesan emas milik Prima Warisan Venture Sdn Bhd di Kampung Sokor hari ini. – HARAKAHDAILY 9/4/2018

 

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6141-bertanding-pilihan-raya-satu-jihad

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: