Taip untuk carian

Bekalan air tidak mencukupi di Kg Bambangan

Berita Negeri

Bekalan air tidak mencukupi di Kg Bambangan

Wartawan Salam 09/04/2018
Share
BATU SAPI: Penduduk bukan sahaja dibiarkan berinisiatif untuk membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan, malahan kemudahan bekalan air bersih juga tidak diterima.
Keadaan tersebut bukan sahaja menyulitkan urusan harian, malah terpaksa pula mengusahakan sendiri sistem perpaipan untuk mendapatkan air bagi kegunaan asas kehidupan.
Demikian situasi kehidupan yang disaksikan rombongan yang dipimpin oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Mustaman Mustain ketika berkunjung ke Kampung Bambangan, di sini kelmarin.
Rata-rata penduduk yang diziarahi meluahkan rasa kekesalan tersebut kerana diabaikan pihak berwajib sedangkan bekalan air bersih seharusnya menjadi hak yang perlu ditunaikan oleh pihak berwajib kepada mereka.
Menurut Mustaman, perkara itu sememangnya tidak wajar berlaku, sebaliknya pihak berwajib seharusnya menunaikan perkara tersebut agar penduduk dapat menjalani kehidupannya secara asas.
Atas pengabaian itu, penduduk bertekad melakukan perubahan pada PRU14 ini menunaikan kuasa sebagai pengundi untuk memberi pilihan mereka kepada PAS. -HARAKAHDAILY 9/4/2018
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6134-gagal-sedia-bekalan-air-di-kg-bambangan

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: