Taip untuk carian

Bagaimana Harapan menang Mahathir kalah?

Artikel

Bagaimana Harapan menang Mahathir kalah?

Wartawan Salam 11/04/2018
Share

PAKATAN Harapan bersetuju menjadikan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan pengerusi parti gabungan itu sebagai strategi untuk mencapai kemenangan dalam PRU14 ini.

Strategi itu tidak berbangkit jika DS Anwar Ibrahim dipenjarakan. Sekalipun Mahathir telah memberi masalah besar kepada politik Anwar, tetapi dalam situasi yang ada sekarang, Anwar dipercayai memainkan peranan menyusun strategi itu.

Pembangkang yang bersatu memerlukan strategi bagi menarik sokongan majoritii dengan mengemuka seorang calon Perdana Menteri. Ia tidak bermasalah bagi PRU yang lalu kerana Anwar adalah calon Perdana Menterinya.

Apabila Anwar terhalang calon Perdana Menteri itu kosong. Hinggalah datang Mahathir, yang dengan mudah dapat mengisi kekosongan itu. Damai bagi Anwar dan Mahathir suatu yang dirasakan mustahil kiranya tiada apa-apa pergolakan dalam Umno. Tiada siapa di kalangan keluarga Anwar dan penyokong Anwar boleh melihat Mahathir sebagai orang disukai kerana menjadikan Anwar dan keluarganya tersiksa.

Takdir menjadikan demikian, perdamaian diantara keduanya amat memeranjatkan. Mereka menjadi abang, adik, dan dua keluarga itu seolah-olah tidak pernah ada masalah.

Tiada cara lain lagi bagi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dalam masa lima tahun akan datang jika Najib dan BN tidak ditumbangkan gara-gara  memenjarakannya. Lima tahun selepas idah itu tamat baru boleh menyertai pilihan raya.

Satu strategi yang dapat dilihat ialah Harapan mesti menang PRU14. Cara politik larangan itu boleh diubah. Perdana Menteri Harapan boleh lakukan. Maka Mahathir mesti jadi Perdana Menteri dulu. Harapan itu kabur kiranya Harapan tiada calon PM. Kit Siang dan Guan Eng memang tidak tersenarai. Wan Azizah, Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali tidak cukup magnet untuk menarik sokongan ramai.

Mahathir adalah calon yang terbaik. Sekalian yang berbeza latarbelakang politik boleh bersetuju, Mahathir ganti Anwar.

Bersatu bubar sekejap tidak melumpuhkan Harapan untuk bersaing sengit dengan BN. Mereka boleh bertanding atas salah satu dari tiganya yang ada dan boleh guna logo mana-mana parti saja. Mereka sudah ada mekanisma. Cuma boleh menang atau tidak itu belum pasti.

Tiada masalah kalau BN kalah dan Mahathir menang. Tiada payah lagi istana memanggil Mahathir membentuk kerajaan. Tetapi bagaimana kalau Harapan menang dan Mahahir kalah? Calon Perdana Menteri tidak dapat jadi calon.

Masalah awalnya dulu Harapan tiada calon disebabkan kedudukan Anwar. Sekarang ia ada calon tetapi calon itu kalah dalam pilihan raya.

Ada teori. Menang dulu baru fikir calon PM. Ia bukan pilihan popular. Yang popular ada calon dulu. Calon membantu kemenangan. Tetapi sekarang ada calon tetapi calonnya kalah. Bagaimana?

Mungkin bukan satu masalah besar jika tidak menang. Ia sudah menang. Sekalipun ia boleh namakan siapa saja, tapi tidaklah pula sesenang yang dijangka. Malaysia dengan kerajaan barunya itu tidak selesa jika tiada Perdana Menteri yang kuat.

Wan Azizah, Muhyiddin dan Azmin tidak dapat kekuatan yang ada pada Mahahir. Jika Mahahir tidak menjadi Perdana Menteri, dengan berwibawa, namun calon ganti tidak sama dengan Mahathir, maka PM yang lain itu akan dikira berada di bawah pengaruh Mahathir.

Lainlah kalau Mahathir tidak ada. Kita sudah ada banyak pengalaman. PM Abdullah Badawi dan PM Najib berada di bawah tekanan pengaruh Mahathir yang tidak jadi Perdana Menteri. Masalah timbul apabila Mahathir tidak puas hati dengan Perdana Menteri. Kalau PM itu Anwar, bimbang kalau Mahathir bukan PM. Mahathir boleh kacau mereka. – HARAKAHDAILY 11/4/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/6158-bagaimana-harapan-menang-mahathir-kalah

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: