Taip untuk carian

Amanah Mengundi Bagi Perantau

Artikel Dewan Ulama

Amanah Mengundi Bagi Perantau

Wartawan Salam 11/04/2018
Share

Kemenangan di kerusi DUN dan Parlimen Melayu Islam di Terengganu, Kelantan dan Kedah terutamanya banyak bergantung kepada undi perantau yang berada di luar negeri. Sekiranya tarikh pengundian jatuh pada hari bekerja ia akan mengurangkan bilangan yang pulang mengundi. Ia mungkin menjadi sebahagian strategi untuk memenangkan parti tertentu.

Namun, kesedaran yang perlu ditanam pada diri para perantau ialah kepulangan mereka untuk mengundi adalah bagi menunaikan hak bernegara dan tanda cinta mereka untuk negara ini ditadbir dengan baik oleh pemimpin yang amanah dan berintegriti.

Memilih pemimpin yang baik adalah kewajipan beragama. Apabila wafatnya Nabi S.A.W. pada hari isnin, para Sahabat segera berkumpul berbincang selama dua hari tentang siapakah pengganti baginda sebagai ketua negara Madinah. Setelah terpilihnya Abu Bakar al-Siddiq sebagai pemerintah yang diberi gelaran dengan Khalifah kerana menggantikan Nabi S.A.W. barulah jenazah Baginda diuruskan untuk dikebumikan pada malam rabu.

Penangguhan pengkebumian jenazah Nabi S.A.W. kerana mendahulukan kepentingan memilih pemimpin ini menjadi ijma’ dan sepakat para Sahabat. Ijma’ menjadi sumber hukum ketiga dalam Islam. Ia menegaskan hukum bahawa urusan memilih pemerintah lebih diutamakan berbanding urusan menguruskan jenazah baginda S.A.W. Ia menggambarkan betapa pentingnya urusan politik memilih pemimpin dalam Islam.

Justeru, saya menyeru para perantau pulang bagi menunaikan amanah besar bernegara ini meskipun terpaksa berhadapan dengan kesukaran. Moga Allah permudahkan segala urusan bernegara rakyat Malaysia.

Dato’ Dr Khairuddin Takiri
Selasa 10 hb April 2018

 

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: