Taip untuk carian

Adam Rayqal: Presiden PAS ucap takziah

Berita Presiden PAS Presiden PAS

Adam Rayqal: Presiden PAS ucap takziah

Wartawan Salam 07/07/2018
Share

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada keluarga adik Adam Rayqal dan bersimpati di atas ujian yang menimpa mereka.

“Semoga ibu bapa mangsa, Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi dan Farrah Madihah Othman bersabar dan tabah menghadapi ujian ini.

“Yakinlah Allah Maha Mengasihi terhadap orang-orang yang sabar,” ujar beliau menerusi laman sosial Facebook.

Siasatan polis menemui mayat Adam Rayqal disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves kira-kira 11.00 malam tadi.

Jenazah Adam Rayqal berusia lima bulan selesai dibedah siasat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur jam 2 petang tadi, seterusnya dimandikan sebelum disembahyangkan di surau IPFN jam 2.15 petang.

Jenazah dibawa ke Terengganu untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu. – HARAKAHDAILY 4/7/2018

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/7204-adam-rayqal-presiden-pas-ucap-takziah

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: