Taip untuk carian

66 Calon Pemuda PAS bakal kemudi negara

Artikel Dewan Pemuda PAS

66 Calon Pemuda PAS bakal kemudi negara

Wartawan Salam 04/05/2018
Share

Seluruh perhatian rakyat Malaysia kini tertumpu pada parti-parti politik yang bakal bertempur 9 Mei nanti ketika Malaysia bakal menyaksikan naiknya kerajaan baru buat kali ke-14 dalam sejarah Malaysia.

Di kala itu, anak muda menantikan calon-calon muda yang berkebolehan dan berkaliber bagi menggalas beban tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan yang bakal memerintah rakyat Malaysia yang sudah mencecah lebih 32 juta.

Dengan anggaran sebanyak 7.09 juta  pengundi dalam lingkungan umur 21 hingga 39 tahun maka mereka yang merupakan kalangan belia negara yang muda bakal menjadi undi penentu kepada perjalanan masa depan negara bagi tempoh 5 tahun akan datang.

Ini ditambah pula dengan kajian sebuah firma kajidata  yang mendapati majoriti belia dan anak muda masih belum menetapkan keputusan untuk mengundi parti mana yang menjadikan mereka sebagai golongan paling berharga sepanjang perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

PAS NAIKKAN CALON PEMUDA SEJAHTERA

Sebagai sebuah parti yang sudah lama bertapak di Malaysia, PAS yang kini merupakan antara parti paling berpengalaman dalam sejarah politik negara membawakan calon-calon pemuda yang berwibawa.

Seperti mana yang disebutkan oleh Presiden PAS dalam jelajah beliau seluruh negara iaitu anak muda memenuhi pentas ceramah beliau bagi mendengar, melihat dan meneliti sendiri manifesto dan tawaran PAS kepada rakyat bagi PRU14.

Dengan berbekalkan ahli yang mencapai 1 juta orang, PAS membawakan 66 orang calon pemuda yang bakal bertanding di PRU14 bagi membawa aspirasi anak muda Malaysia Sejahtera.

KETUA PEMUDA PAS KETUAI KONTINJEN CALON PEMUDA HADAPI PRU14

Ustaz Khalil Abdul Hadi yang bertanding bagi kerusi Dun Batu Buruk bakal mengetuai keseluruhan ketumbukan pemuda PAS bagi PRU14.

Beliau yang juga merupakan lepasan sarjana Universiti Portsmouth, United Kingdom mengepalai barisan anak muda seramai 66 orang yang bakal bertanding di bawah panji PAS .

Anak muda yang mewakili PAS pada pilihanraya kali ini bertanding di 24 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dun. Ini adalah bilangan yang besar dengan lebih daripada 1/3 daripada jumlah keseluruhan calon PAS di seluruh negara.

Antara calon pemuda yang lain yang ditampilkan PAS adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Haji Khairil Nizam Khirudin, Naib Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Pengarah Pilihan Raya Pemuda, Nurul Islam Mohamed Yusoff, Ustaz Ubaid Abdul Akla, Ustaz Dr Mohd Zamri Mohd Zainuddin, Ustaz Hafez Sabri dan Ustaz Roslan bin Md Esa.

Melihatkan sejumlah besar pemuda yang ditampilkan PAS sebagai calon membawa makna PAS sangat menghargai tenaga pemuda dalam merangka dan memperbaiki semula negara yang semakin hari semakin tenat di bawah kepimpinan Barisan Nasional.

UNDI PEMUDA PENENTU KEPIMPINAN BANGSA

Sekilas pandang ke arah akhbar Sinar Harian yang secara tidak adilnya hanya memuatkan 3 calon pemuda PAS daripada sekumpulan besar 66 orang yang dikedepankan oleh PAS.

Biarpun begitu, PAS tetap yakin dan konsisten bahawa anak muda akan membuat keputusan secara matang dan sejahtera, menilai dengan akal yang sihat dan menganalisis manifesto yang PAS telah keluarkan.

Anak muda yang bakal mengundi haruslah meletakkan kesedaran mengundi untuk menegakkan prinsip Islam bukanlah hanya sekadar hendak menjatuhkan seorang pencuri demi menaikkan seorang perompak sebagaimana kata Presiden Amerika Syarikat ke-enam iaitu John Quincy Adams – “Always vote for principle, though you may vote alone, and you may cherish the sweetest reflection that your vote is never lost.

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: