Taip untuk carian

60 peratus calon PAS miliki kelayakan profesional

Artikel Berita

60 peratus calon PAS miliki kelayakan profesional

Wartawan Salam 04/05/2018
Share

NEGARA hari ini dilanda krisis pentadbiran yang menjadikan rakyat sebagai mangsa.

Segala keputusan dan tindakan kerajaan Umno-BN yang menerajui negara banyak mencengkam hidup rakyat.

Walaupun mereka ini miliki latarbelakang pendidikan yang baik, namun tindak tanduk mereka banyak membelakangi rakyat malah bertentangan dengan Islam.

Pilihan Raya Umum kali ini menyaksikan Umno BN dan PH sekali lagi menawarkan pemimpin yang terbukti korup dan anti Islam untuk dipilih rakyat.

Berbeza dengan PAS, calon yang ditonjolkan walaupun dalam kalangan profesional, namun mereka ini ditarbiyah untuk menjadi pemimpin berjiwa rakyat dan lebih penting mereka ini memahami dasar Islam.

Walaupun PAS dikatakan parti Pak Lebai, namun kehadiran golongan profesional Istiqamah ini memberi gambaran jelas, PAS mampu menerajui negara.

Maka PAS dan Gagasan Sejahtera pada pada kali ini menggariskan ramai calon profesional yang berkelulusan tinggi.

Hampir 60% daripada calon yang bertanding adalah yang berlatarbelakangkan pendidikan profesional yang cemerlang.

Ini termasuklah yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD).

Direkodkan terdapat 9 orang calon daripada kerusi Parlimen dan 8 orang calon daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang merupakan pemegang PhD dari pelbagai jenis bidang dan institusi pengajian.  Mereka adala:

9 Calon Parlimen :

P027 Tanah Merah:

Dato’ Dr Johari Bin Mat

Ijazah Usuluddin Universiti Imam Mohd Ibn Saud Al- Islamiyyah, Riyadh, Saudi Arabia

 

P028 Pasir Puteh:

Dr Nik Zawawi Salleh

Ijazah Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

P033 Besut:

Dr Riduan bin Mohamad Nor

Doktor Falsafah Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

P035 Kuala Nerus:

Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali

Ijazah Pengajian Islam,  Universiti Kebangsaan Malaysia

 

P094 Hulu Selangor:

Dr Wan Mat bin Sulaiman

Ijazah dalam Linguistik Terapan Bahasa Arab,  Universiti Yarmouk, Jordan

 

P101 Hulu Langat:

Dr Che Rosli bin Che Mat

Doktor Falsafah (Lancaster) United Kingdom

 

P108 Shah Alam :

Dr Mohd Zuhdi bin Marsuki

Ijazah Kedoktoran (Eko-Teologi), University of Wales

 

P150 Batu Pahat:

Dato’ Dr Mahfodz bin Mohamed

Doctor of Philosophy in Islamic Studies, Glassgow University

 

P164 Pontian:

Dr Baharom Mohamad

Doktor Falsafah Pentadbiran Pendidikan

 

8 Calon DUN

N17 Pengkalan Kundor:

Dr Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi

Doktor Falsafah Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

N25 Bukit Selambau:

Dr Haji Mohd Ali bin Sulaiman

Ijazah (Solid State), Universiti Malaya

 

N 23 Melor:

Dr Md Yusnan bin Yusof

Doktor Falsafah, Institute of Arab and Islamic Studies,  University of Exeter, United Kingdom

 

N34 Temangan:

Dato’ Dr Mohamed Fadzli bin Dato’ Hassan

Doctor of Philosophy University of Birmingham, England

 

N19 Ru Rendang:

Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar

Aeroengine Ignition & Combustion, High Altitude Engine Failure, School of Mechanical Engineering, University of Leeds,  United Kingdom

 

N16 Inderapura:

Dr Wan Maseri binti Wan Mohd

Ijazah Sains Komputer, Universiti Malaya Pahang

Ijazah Bidang Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia

 

N08 Sungai Burong:

Dr Mohd Zamri bin Mohd Zainuldin

Ijazah Tafsir dan Ulum Al-Quran,  Universiti Antarabangsa Madinah

 

N56 Kukup:

Dr Karim Deraman

Ijazah (Fizik Bahan) Thin Film and Semi Conductor, Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama University of Keele,  United Kingdom.

PAS sememangnya menawarkan calon yang terbaik pada PRU kali ini.  Ini membuktikan bahawa PAS komited dan bersedia untuk memimpin negara dengan menonjolkan calon yang sememangnya ahli dalam bidang-bidang tertentu seperti ekonomi, pendidikan, teknologi, sosial dan termasuklah pengurusan pentadbiran. Sesuai dengan tuntutan Islam iaitu meletakkan pemimpin yang ahli dalam bidang tersebut.

 

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: