Taip untuk carian

Malaysia Baru: DAP Mahu Siapa Jadi Ketua Hakim Negara.?

Uncategorized

Malaysia Baru: DAP Mahu Siapa Jadi Ketua Hakim Negara.?

Wartawan Salam 12/06/2018
Share

Malaysia Baru: DAP Mahu Siapa Jadi Ketua Hakim Negara.?

1. Setelah berjaya meletakkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, kini desakan seterusnya ialah menukar Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan pula.
Pemimpin ulung DAP, Lim Kit Siang mendesak Tun Raus dan Tan Sri Zulkefli meletakkan jawatan sebagai “permulaan baharu yang diperlukan bagi pembaharuan kehakiman dan perundangan”.

2. Sebelum PRU 14 lagi, PH dan kumpulan liberal yang lain mendesak agar Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dipilih sebagai Ketua Hakim Negara.
Kedudukan Tun Raus sebagai Ketua Hakim Negara turut dicabar oleh Majlis Peguam dan Tun Mahathir yang memfailkan semakan kehakiman bagi membatalkan pelantikan tersebut. Kes ini masih belum diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

3. Kelihatannya Malaysia Baru ini semuanya serba boleh.
Dalam sedar atau tidak, posisi strategik yang biasanya dipegang oleh Melayu-Muslim kini sudah beralih kepada bukan Islam.
Memanglah dalam Perlembagaan Malaysia tidak menyebut secara jelas, perlunya syarat Melayu Muslim untuk memegang jawatan tersebut tetapi adakah kelompok majoriti di negara ini dinafikan haknya.?
Adakah kesemuanya sudah korup dan zalim.?
Tidak ada langsung calon Melayu-Muslim lain yang berkaliber dan berintegriti?
Jawatan Speaker Parlimen pun silap gaya akan diserah kepada Hannah Yeoh, pemimpin DAP.

4. Oh, mungkin atas nama Malaysia Baru, ini semua tidak penting.
Bangsa dan agama tidak lagi penting seiring dengan agenda Malaysian Malaysia DAP yang menyamaratakan semua hak. Tidaklah mustahil selepas ini, kelompok yang bagai kaduk naik junjung ini akan mendesak pula Agong dan Majlis Raja-Raja dihapuskan.
Bunga-bunga ke arah itu sedang mekar berkembang pada era perang persepsi di alam media sosial ini.
Lihatlah apa yang A Kadir Jasin, si Jurucakap Majlis Penasihat Kerajaan itu tulis diblognya.
Samada sedar atau tidak, adab tatasusila Melayu dan Rukun Negara sudah hancur lebur atas nama reformasi Malaysia Baru.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
08 Jun 2018

Credit to https://www.facebook.com/syed.a.fadhli?hc_ref=ARQapb7ShLvexai5dSEgHr133lha9YTpcjstFKf7nXvaakEDG-2iROh4sOvcBjYQLn8&fref=nf

Artikel Sebelumnya
Artikel Seterusnya

Tinggalkan Komen*

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Buat PH

%d bloggers like this: